Tajuk: Rich Dad Poor Dad: Edisi Ulang Tahun ke-20
ISBN: 978-967-481-178-5
Penerbit: Publishing House
Penulis: Robert T.Kiyosaki
Tahun Terbitan: Cetakan Keenam,2020
Muka Surat: 371
Halaman: Hitam Putih
Format: Softcover
Berat (kg): 0.478
Dimensi (cm): 22.7cm x15cmx1.9cm
Rich Dad Poor Dad adalah buku kewangan terbaik yang sudah berjaya mengubah hidup jutaan pembaca di seluruh dunia. Buku ini mengubah perspektif kita kepada wang dan mengeluarkan kita daripada kitaran sia-sia Rat Race.
Bangun pagi, balik petang, dapat gaji, bayar hutang.
Bangun pagi, balik petang, dapat gaji, bayar hutang.
Ramai orang terperangkap dalam kitaran sia-sia ini. Buku Rich Dad Poor Dad membantu kita:
1. Membina kekayaan berasaskan kewangan yang kukuh
2. Membezakan antara aset yang menambah kekayaan dengan liabiliti yang menghabiskan wang
3. Mencapai kebebasan kewangan dan kepuasan bekerja
4. Menjadikan wang bekerja untuk kita
?Kita menghabiskan masa bertahun-tahun di sekolah tetapi tidak belajar apa-apa berkenaan wang. Inilah sebab utama kita menghadapi masalah kewangan. Akibatnya, kita hanya belajar cara bekerja untuk wang, bukannya belajar cara menjadikan wang bekerja untuk kita.?
– Robert T. Kiyosaki
Isi Kandungan
Bab 1
Pelajaran 1: Orang Kaya Tidak Bekerja untuk Wang
Bab 2
Pelajaran 2: Kenapa Perlu Belajar Pendidikan Kewangan?
Bab 3
Pelajaran 3: Jaga Bisnes Sendiri
Bab 4
Pelajaran 4: Sejarah Cukai dan Kuasa Syarikat
Bab 5
Pelajaran 5: Orang Kaya Mencipta Wang
Bab 6
Pelajaran 6: Bekerja Untuk Belajar, Jangan Bekerja Untuk Wang
Bab 7
Mengatasi Halangan
Bab 8
Mula Berubah
Bab 9
Mahukan lagi? Ini Apa yang Kita Boleh Buat
Review #1
Seandainya setiap agama mempunyai kitab suci yang tersendiri, maka tidak keterlaluan jika dikatakan, buku Rich Dad Poor Dad adalah kitab utama bagi mazhab kekayaan dalam dunia moden sekarang. Tanyalah kepada para jutawan di seluruh dunia, lebih separuh daripada mereka pasti memberitahu yang mereka pernah membaca buku ini. Inilah buku kewangan dan motivasi kekayaan yang terulung serta bestseller sepanjang zaman. Matlamat buku ini sangat jelas, untuk membantu kita mencapai kebebasan kewangan dan kepuasan bekerja.
Buku ini pernah menggemparkan dunia dengan kontroversi yang sensasi untuk dibahaskan mengenai kekayaan. Orang ramai melenting kerana mereka seolah-olah dilabelkan sebagai hamba wang oleh penulis buku ini, Robert T. Kiyosaki. Yang paling mengejutkan, Robert mendedahkan betapa ramainya manusia yang terperangkap dalam kitaran sia-sia Rat Race. Anda mungkin terperangkap sama. Bangun pagi, balik petang, dapat gaji, bayar hutang. Dapatkan buku ini dan keluarlah daripada kitaran sia-sia sebagai jutawan yang merdeka daripada masalah kewangan.
Review #2
Rich Dad Poor Dad adalah antara buku kewangan yang wajib dibaca oleh semua lapisan masyarakat. Secara dasarnya, buku ini membuka mata berkenaan apa itu sebenarnya membuat duit. Dalam buku ini, ditunjukkan secara literal bagaimana membuat d
Reviews
There are no reviews yet.