Nasihat Buat Hati by PTS

RM10.00

SKU: 22447589916 Categories: ,

===================

Format: Paperback
Saiz: 6″ x 9″
ISBN-13: 978-967-411-708-5
Tarikh Terbit: 30 November 2015
Jumlah Muka Surat : 120
Berat (kg) : 0.16
===================

Siapa yang sedang marah, yang rasa tak tenang, hatinya gundah gulana, carilah masa untuk dapatkan dan beli buku ini. Buku ini betul-betul bercakap tentang pembersihan hati. Orang yang baik tak mengutuk orang lain adalah orang yang hatinya baik. Orang yang boleh bercakap dengan sopan dan beradab adalah orang-orang yang hatinya baik yang datang dari keluarga yang hatinya baik.

Sinopsis

?Sekiranya dengan dugaan dan cabaran yang pelbagai dapat menjadikan kita lebih baik daripada sebelumnya, maka mengapa kita perlu mengeluh dan bersedih??

Apa hikmahnya Allah s.w.t. menyembunyikan isi hati seseorang manusia daripada manusia yang lain? Tidak lain dan tidak bukan kerana Allah s.w.t. ingin manusia hidup dalam keadaan dan suasana aman, tanpa sedikit pun timbul rasa syak wasangka dan takut pada setiap detik dan ketika. Sudah pasti manusia tidak mampu melelapkan matanya jikalau setiap masa mereka dapat membaca isi hati orang lain.

Ini bukan kelemahan, bahkan satu kenikmatan yang tidak terkira, anugerah daripada Allah s.w.t. kepada kita. Sekiranya isi hati bukan perkara rahsia, dunia ini mungkin huru-hara.

5 Nasihat Buat Hati dari Habib Ali Zaenal Abidin Yang Boleh Dijadikan Pedoman

1. Pesanan buat penuntut ilmu

Penuntut ilmu perlu ada pen, kertas ataupun buku catatan. Kelengkapan bagi menyalin kembali apa sahaja yang diajarkan oleh guru adalah penting.

Kata imam As-Syafie, ?Ilmu itu umpama binatang buruan, menyalinnya ibarat tali penambat. Maka, rugi bagi sesiapa yang sudah bersusah-payah menangkapnya kemudian dilepaskan sahaja mangsa berkenaan dengan begitu mudah.?

2. Orang Alim VS Orang Jahil

Hanya Allah swt yang tahu isi hati hamba-hambanya. Jangan ada dalam kalangan kita yang berasa cukup dan hebat dengan ilmu yang dimiliki.

?Jangan angkuh dan rasa diri sudah memadai dengan ilmu yang dipelajari. Insan yang tidak angkuh dan berasa ilmunya masih sedikit akan sentiasa meminta dan berdoa kepada Allah swt agar dikurniakan kepadanya ilmu yang berguna.?

3. Bekalan menuju akhirat

Manusia bukan pemilik dunia. Apabila tiba masanya, manusia pasti meninggalkan dunia dan menuju ke akhirat. Kehidupan manusia di dunia begitu pendek dan seketika apabila dibandingkan dengan kehidupan di akhirat.

?Hiduplah di dunia ini seolah-olah kamu seorang manusia yang asing, ataupun kamu sedang dalam perjalanan dan kamu sentiasa merentasi suatu kawasan setempat demi setempat.?

4. Berfikiran jauh adalah sikap seorang dai

Susah untuk kita mencari dalam mana-mana hadis, Nabi Muhammad saw membenci golongan kafir atau mencela mereka. Ini menunjukkan cara bijak Nabi dalam berdakwah. Bukan dengan cara membenci mereka.

?Kita perlu berurusan dan berakhlak dengan peribadi yang baik kepada semua orang, tidak kira sama ada mereka menyayangi kita ataupun tidak. Jangan hanya

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Nasihat Buat Hati by PTS”

Your email address will not be published. Required fields are marked *