Mohon Chat terlebih dahulu kerana kami juga menjual buku secara fizikal, Terima Kasih.
——————————————————————————————————————————————
Tajuk: Erti Beragama Yang Hilang
ISBN:9789672459071
Penerbit: Iman Publication
Penulis : Hasrizal Abdul Jamil
Tahun Terbitan: 2021
Muka Surat: 315
Halaman: Hitam Putih
Format: Softcover
Berat (kg): 0.426
Dimensi (cm): 14.8cm x 21cm x 1.7cm
Jika beragama itu baik, mengapa ada orang beragama yang berperangai sebaliknya?
Ada yang melazimi ibadah, tetapi suka menzalimi dan menindas orang lain.
Ada yang rajin membaca al-Quran, tetapi menerima rasuah dan saling bermusuh apabila tidak sefahaman.
***
Tidak dapat dinafikan, kehidupan dan tingkah laku seseorang banyak didorong oleh kefahamannya terhadap agama. Jika benar kefahaman tersebut, maka akan benarlah juga kehidupan dan tingkah lakunya.
Andai kita memperbaiki cara kita memahami agama, kita ibarat memperelok kehidupan kita secara seluruhnya.
Melalui buku Erti Beragama Yang Hilang, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil menjelaskan sudut-sudut agama yang sering dilupakan dan disalahfahami.
Antaranya perkaitan akidah dan ibadah dengan kehidupan, acuan akhlak, juga isu perhubungan sesama manusia, agar kita dapat melalui kehidupan di dunia dengan baik sekali gus mengecapi kenikmatan hidup yang abadi di akhirat kelak.
SINOPSIS
Buku ini merupakan saduran kepada kitab Maza Ya?ni Intima-i Lil Islam (Apa Erti Aku Menganut Islam) karangan Syeikh Fathi Yakan. Asasnya, buku ini membawa ke hadapan persoalan kesyumulan dalam beragama khususnya buat seorang Muslim.
Ia merungkaikan sudut-sudut beragama yang biasa dilakukan oleh seorang Muslim secara ritual seperti akidah dan ibadah, lalu menghubungkan sudut-sudut beragama yang kadang kala tidak dilihat sebagai suatu yang sama besar kepentingannya sepeti akidah dan ibadah iaitu akhlak, perhubungan antara manusia dalam keluarga dan masyarakat.
Buku ini turut menekankan bahawa kita perlu yakin masa depan ketamadunan dunia ini adalah untuk Islam lalu perlu bekerja keras untuk membangunkannya.
Bab penutup buku ini juga terkandung nota yang sangat penting kerana memaparkan enabler atau pemboleh kepada segala cita-cita besar yang dinyatakan sebelumnya. Pemboleh tersebut adalah kita harus mampu kawal dan kendali diri.
Reviews
There are no reviews yet.